It's funny how strangers could give you lessons about life.
kali ini Afifah ingin bercerita.tapi sebelum itu,aku nak bagi 1 lagi cerita.haha
cerita sampingan:
dalam sebulan lepas,aku terjumpa 1 lagu kat youtube.I'm peeta and i know it.
yang seksanya,sampai sekarang aku tak boleh lupa and harini aku duk nyanyi lagu tu ulang ulang sampai mak aku pun perasan.aku taknak aku sorang je camni..sapa sapa yang baca skarang mesti rasa apa yang aku rasa!
aku duk ulang ulang nyanyi
"when i walk out the store,
This is what i see,
katniss everdeen is staring at me,
i got a loaf in my hand
and i ain't afaraid to throw it,
throw it,throw it,
I'm peeta and i know it"
haha aku rasa lawak je part tu.*ok tak lawak pon* ok aku stop
continue with the main story.
kejadian ini berlaku beberapa minggu lepas,
ketika itu,aku,Alia dan Dayah baru balik kerja kat Dewan Perdana Felda.
sumpah haritu memanglah amat letihnya.boleh cakap paling letihlah dalam sejaraj aku kerja dengan DSaji*part-time*
muka sorang sorang dah macam kodok tahan cirit birit *over* tapi serius memanglah sangat letih.bayangkan 1 person/4-5 table yang sangat ramai dan takde orang yang nak menolong.dah lah buffet tapi mintak diserve macam dome.dengan orang lain yang suka mencilok air orang lain,dengan masalah wanita lagi,dengan masalah mental yang serabut dengan macam macam masalah lagi,memang setanlah aku haritu.ikut hati nak nangis je tapi sabooojelah.takpelah,dapatlah jugak pengalaman dan sangat membantu dalam memupuk kesabaran dalam hati setiap insan.ok stop yang ni.
dalam pukul 7.30pm,aku bersama 2 makhluk tersebut naik bas rapid T607 untuk ke Ara Damansara,maka ada sorang kakak ni mai duduk sebelah aku.free hair,mata kaler coklat hidungnya yang mancung,kulitnya yang sawo matang,mulus pulus fulus tulus sume ada,konklusi aku,kakak ni india.haha.aku tengok kakak tu macam sejuk semacam,dan memang masa tu sejuk pon.aircond bas rapid kemainlah sejuk,pakcik2 bas rapid dan bas bas lain sume bajet macam duduk gurun sahara.sejuk tauu enggak??!kesian kakak tadi,sampai meremang bulu roma beliau duk tahan sejuk.haha.aku pon sejuk jugak tapi aku lagi pikirkan badan aku yang sakit sakit so sejuk tu macam taik mata simojo da sugar glider je.humm..1 benda yang aku suka pasal rakyat malaysia ni,mereka sangat suka bertegur sapa dengan orang lain dalam bas rapid.lagi lagi aku yang berwajah mesra dan sentiasa memberikan senyuman manis kepada sesiapa saja yang aku rasa 'takpe' untuk bagi senyuman.aku memang menjadi pilihan mereka mereka yang warga emas untuk diajak berbual.haha.*kadang kadanglah*.which brings me to the next point iaitu kakak tu ajak berbual.
20 min dalam bas rapid memanglah segala cerita boleh keluar.daripada cerita sejuk dalam bas kepada hidup masing masing.aku taknaklah cerita panjang panjang tapi konklusi yang aku boleh buat,kakak ini sorang ibu tunggal kepada sorang gadis berumur 17 tahun,kerja sebagai promoter kat OU,gaji/hari dalam RM70 dan beliau kerja tiap tiap hari.aaah,sebelum aku lupa,beliau melayu and anak beliau sangatlah cantik dan aku sentap depan beliau dan aku tak reti nak cover plus dia tau aku agak dia india.haha.malu wuooo.hummm..ok sambung.
kakak yang tak dikenali namanya sebab aku lupa nak tanya nama,seorang ibu tunggal.tapi bila beliau bercakap,aku tak nampak pon dia merungut dengan hidup dia.rileks je.cerita pasal anak dia baru nak SPM tahun ni,kerja tiap tiap hari even on weekend,having probs bila nak balik rumah sebab kena kejar bas and kadang kadang terlepas,masalah personaliti yang orang sume ingat dia ni india *termasuk aku*,macamlah macamlah.haha.tapi she still move on and enjoys every moment she has in her life.well hell yeahh,korang mesti pikir, "amboiiii AFIFAH..cakap macam kau dah lama kenal dia kan??" haha..yelah,memang tak lama.20 min je pon,tapi 20 mins with a stranger taught me a lot about enduring pains in life.LIFE IS NOT EASY.and i do believe korang pernah je kan berborak dengan orang yang korang tak kenal dan korang pon belajar something daripada dorang kan?tipulah kalau cakap takde,melainkan kalau korang ni jenis psycho duduk atas lantai dalam bas sambil tengok pelik kat orang yang duduk atas kerusi sampaikan ada yang call hospital tanjung rambutan untuk bawak korang berdaftar sana kan?*ok sambung*
aku dok merungut life is not easy lah,difficult lah,blablabla lah wateverlah macam macamlah tapi aku lupa "life is not easy" aku MUNGKIN adalah life idaman dan impian bagi orang lain.i mean,sapa taknak hidup macam trainees Felda kat METC?Ha Ha.kami hidup senang,makan 'sedap',minum 'lazat',rollcall yang 'ceria',warden yang 'mesra',blablabla,blablabla dan sebagainya.Ha Ha.
takdelah,aku maksudkan hidup aku.which means,HIDUP AKU.aku duk merungut macam macam,masalah sikit,takde mood.masalah sikit,sedih.masalah sikit,taknak makan.hah!BTW girlss and guysss out there!beberapa bulan i belajar kat METC ni kan...berat i dah turun 7kg uolllss!haha sapa sapa nak kurus secara mendadak boleh datang METC.haha takdelah,jahat sangat ke METC ni sampai aku nak claim yang berat aku turun sebab mereka?tidaak.berat aku turun obviously sebab aku memang ada masalah selera makan yang merosot secara mendadak.before course break,aku boleh kira bape kali aku makan nasi dalam seminggu.haha nasib baik ada telur daripada Tangse Maju enterprise boleh lah saya menggoreng telur sambil menangis ingatkan kampung halaman.haha.ok..ini terjadi kerana apa???kerana MASALAH remaja.
biasalah remaja yang meniti usia untuk menjadi dewasa memanglah banyak masalahnya.kalau baca kat timeline Twitter aku,banyak gila masalah masalah orang orang yang aku follow.cinta,makan,rupa,family and even masalah nak pilih toilet untuk berak sebab takde air pon ada.dulu masa kecik korang ada ke masalah nak berak kat mana bila takde air?takde kan?paling kurang pon,pegi belakang rumah mak jemah berak dalam longkang,tu pun takde nye nak twit,twit.hapdet diari pon tak kot,tulis "dear diari,aku tak tau nak berak mana,pastu last last longkang belakang rumah mak jemah jua tempatnya,harap mak jemah redha dengan ketentuan illahi"
takde kan?even kalau dah berak belakang rumah mak jemah pon buat diam diam je,takdenye nak pikirkan masalah taik korang yang tenggelam timbul kat belakang rumah beliau.entah entah lepas korang berak siap ajak anak mak jemah dating lagi..haha
ok..daripada dulu lagi aku duk cakap pasal masalah.apa masalah Afifah ni sebenarnya.takpe,masalah aku,dipenghujung entry ni aku akan cakap.haha.so baca sampai habis.
ok berbalik pada masalah.setiap orang ada masalah masing masing.it's not how big the prob is but how you face it.kalau masalah kecik pon kau nak nangis macam baby mintak dokong,memanglah orang orang yang mendengar nak memberi pelempang.kalau masalah besar,kau bajet kau dah matured sangat untuk face sorang sorang,memanglah last last kau yang gila meraban.hummm..nak cakap macam mana nak face prob ni,aku rasa korang dah cukup besar untuk pikir macam mana cara nya.kalau tak reti jugak,google lah.zaman IT ni segala maklumat dihujung jari.so jangan tanya aku.haha
ok berbalik pada cerita kakak tadi,obviously,she's a total stranger for me because i don't even know her name.tapi bila berborak pasal life ni,memanglah that stranger taught me something.which aku dah sebut atas tadi *mane tah aku dah tak jumpa* enduring pains in life.bukan senang wuooo bila jauh dengan family,pastu kau ada masalah lagi,pastu kau tak caye sape sape pastu kau taknak cakap pon apa masalah kau kat orang pastu last last kau boleh gila.haha.takdelah gila tapi serius sangat susah.even orang yang paling aku percaya pon *mama* tak tahu masalah aku sebab aku taknak susahkan hati beliau.plus,macamlah mak aku tu takde benda lain nak pikir.haha.tapi sekarang aku boleh cakap,i've changed.perkhhh!I'VE CHANGED uoollsss!those probs make me stronger and i'm not the old Afifah anymore.cewwwah!haha but seriously.seminggu kat rumah,perbincangan kias kiasan dengan mak aku memanglah mengajar i untuk menjadi seorang wanita.i'm not saying that i'm matured already but maybelah.haha.so segala mereka yang dah berbuat salah kat aku,aku maafkan korang.dan kepada mereka yang aku dah buat jahat,maafkan saya seikhlas hati.kita tutup buku lama dan bukak buku baru.marilah kita lupakan kisah lama dan jom reka cerita baru!btw dah nak Ramadhan so memanglah masa yang sangat sesuai untuk bermaaf maafan.haha.and sekarang aku sangat hepi dengan life aku,memanglah kadang kadang rasa lah jugak kelonelian tersebut tapi who cares?haha go to hell lah segala kelonelian tersebut because from now on i'm gonna enjoy every single moment in my life."appreciate people who are still standing beside you".haha.saya sangat hepi dengan siapa saya sekarang.
::korang nak tahu apa masalah aku?nak tahu apa masalah aku?nak tahu apa masalah aku?haha.yang nak tahu sila bukak ini dan tekan follow.
::weyhh,aku nak menambah berat badan secara sehat sekarang*sambil makan burger atas katil*
::esok dah nak balik KL,enjoying every moment with mama,zahrah,abang an and kak zah.haha
![]() |
| Rayyan and Zahrah. |






.jpg)

